

Buntu? Hidup kian kusut? Tak tahu jalan mana nak tuju?
Kadang-kadang keluarga terdekat sendiri tidak dapat memahami, walaupun pasangan sendiri.
Sudah tiba masanya untuk ubah. Kami berbesar hati menjemput anda ke program PUSDAM anjuran Pertubuhan Hijrah Insan Malaysia.
Disusun khas untuk membantu usahawan keluar dari "Sedang Dalam Masalah”, dan menuju ke “Sukses Dan Maju”.

Anda tidak akan berasa keseorangan & akan mempunyai platform di kalangan orang yang senasib sejiwa.

Jemaah (circle) yang bantu-membantu.

Terbuka pintu-pintu yang sebelum ini tertutup.

Keluar dari "Sedang Dalam Masalah”, dan menuju ke “Sukses Dan Maju”.

Ramai yang PM saya meminta penjelasan tentang apa yang dipelajari dalam modul Amalan Kesogehan.
Saya akui agak sukar untuk memilih ungkapan yang tepat bagi menjelaskan modul latihan yang mempunyai elemen metafizik ini. Modul ini berusaha menyambungkan dan menggabungkan urusan bumi dengan urusan langit, kerana prinsip asas Amalan Kesogehan ialah:
"Membumikan dan melangitkan setiap usaha serta amalan yang kita pilih untuk dilaksanakan."
Jika kita memilih untuk menceburi bidang perniagaan, maka kita hendaklah membumikan dan melangitkan setiap aspek yang berkaitan dengan perniagaan tersebut. Bagaimana contoh dan caranya?
Membumikan: Anda mendaftarkan perniagaan ke SSM dan lulus sehingga mendapat sijil.
Melangitkan: Kemudian pada malam hari, anda bermunajat kepada Allah SWT dengan menyebut butir-butir perniagaan yang didaftarkan (seolah-olah mendaftarkan perniagaan ke langit) sehingga merasa mantap dan yakin bahawa Allah menyokong perniagaan pilihan anda itu.
Membumikan: Anda menyewa premis kedai untuk menempatkan operasi perniagaan anda dan telah mengambil langkah-langkah terbaik bagi memastikan premis ini merupakan pilihan terbaik.
Melangitkan: Lalu pada malam hari, anda bermunajat kepada Allah SWT memohon restu agar perniagaan di premis ini maju, laris, dan terlindung daripada sifat dengki serta khianat.
Begitulah seterusnya. Setiap apa jua yang anda kerjakan, sentiasa buat dua perkara ini iaitu membumikan dan melangitkan.
Contohnya apabila anda mahu mengambil pekerja, memproses produk, memasarkan produk, mengiklankan produk, mahupun apa-apa sahaja aktiviti perniagaan, pastikan anda sentiasa membumikan dan melangitkannya.
Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja yang akan dipelajari sepanjang kursus nanti. Masih banyak tajuk lain yang tidak mungkin dapat dijelaskan di sini.
Setelah saya sendiri melalui modul ini, saya yakin bahawa kejayaan sesuatu perniagaan bukan ditentukan oleh jenis, bidang, saiz modal, saiz operasi, dan modal pengiklanan semata-mata. Namun yang lebih penting ialah sama ada perniagaan tersebut mendapat kelulusan dari langit atau tidak.
Biarpun perniagaan itu kecil, misalnya sekadar penjaja di tepi jalan, tetapi jika mendapat restu daripada Allah SWT, insya-Allah ia akan mendatangkan kejayaan yang besar dan hebat.
Begitu jugalah sebaliknya, ada banyak perniagaan jutaan ringgit yang baru dibuka tetapi terus gulung tikar kerana tidak mendapat sokongan dan bantuan dari langit.
Ironinya, bukan semua orang boleh menerima dan bersetuju dengan Amalan Kesogehan ini. Ada yang sinis mengatakan ini sebagai modul pseudoscience.
Itu terserahlah kepada penerimaan dan pemahaman masing-masing. Tiada sebarang paksaan.
Hakikatnya, inilah modul yang membuka jalan ketika saya berada dalam kebuntuan dan putus harapan suatu masa dahulu. Waktu saya terjelepuk longlai dibelit hutang bank berjumlah ratusan ribu, modul inilah yang dengan izin Allah SWT memberikan solusi paling ampuh. Ya, sayalah testimoni paling dekat dengan modul ini.
Pada dasarnya, modul ini mempunyai lima tahap. Tahap ke-5 ialah seseorang yang sudah berjaya hendaklah BERKONGSI solusi ini dengan seberapa ramai orang lain yang mengalami masalah yang sama.
Saya telah mula berkongsi solusi daripada modul ini sejak tahun 2005 lagi, iaitu dengan menulis buku Petunjuk Jalan Kekayaan. Ya, saya rasa saya sudah menunaikan tanggungjawab saya.
Sesungguhnya sesiapa yang telah terpilih atau yang akan terpilih untuk menyertai kursus Amalan Kesogehan ini, anggaplah itu pilihan langit.
Namun biasanya, bilangan yang dipilih oleh langit selalunya sedikit.
Justeru itu, andainya anda berhasrat untuk menyertai kursus ini, mulakanlah segera membumikan dan melangitkan permohonan anda.
Kursus ini khusus untuk pemulihan usahawan.
Yaitu, Amalan Kesogehan untuk Pemulihan Usahawan SDM+S (Sedang Dalam Masalah + Sakit) Kumpulan Ke-Empat 2026.
Tempoh kursus adalah 6 hingga 12 bulan (kelas hujung minggu dan virtual). Tempoh kursus bergantung kepada tahap masalah perniagaan dan kesihatan yang sedang dihadapi.
Kerana hakikatnya, isu di kalangan usahawan bukan sekadar masalah duit semata-mata, tetapi juga melibatkan masalah keluarga dan kesihatan. Solusi yang dibawakan mestilah bersifat holistik.
Sejak tahun 2019, saya telah berdepan ujian 7 jenis penyakit berbeza sepanjang 7 tahun. Kebanyakan daripadanya dipulihkan menerusi kaedah self-healing.
Perubatan moden mungkin mendakwa sesetengah penyakit tiada ubatnya (contohnya diabetes). Namun mengikut ajaran Islam, semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Ilmu itu sentiasa berkembang dan terbuka untuk diterokai oleh sesiapa sahaja, dan tidaklah tertumpu pada doktor semata-mata. Siapakah yang mula-mula menemui khasiat penyembuhan dalam halia, kunyit, atau cendawan dan rawatan semulajadi lain yang telah diamalkan lebih 10,000 tahun, berbanding perubatan moden hanya 100 tahun terkini.
Namun, tidak semua rawatan serasi untuk semua orang. Sebab itulah kita perlu 'suluh' dan mendiagnosis diri sendiri untuk mengenal pasti punca sebenar.
Contohnya, penyakit CKD (buah pinggang) seseorang mungkin berpunca daripada diabetes, manakala bagi orang lain pula berpunca daripada hipertensi.
Syaratnya:
- Mesti bersabar dengan ilmu dan tidak harapkan 'magic' yang berlaku sekelip mata
- Komited mentoring ini sampai habis dan tidak sekerat jalan
- Bayaran mahar (samada bentuk kewangan, atau sumbangan)
Focal Points Modul Pemulihan:
- Analisis Forensik Perniagaan & Kesihatan: Bedah siasat perniagaan bermasalah serta diagnosis diri secara khusus. Peserta wajib hadir bersama ujian darah (blood test).
- Penyuluhan Holistik: Membedah dan 'menzululh' keadaan peserta secara menyeluruh — merangkumi aspek Mental, Fizikal, dan Spiritual.
- Penyuluhan dan Penggugahan: Melibatkan usahawan serta pemilik perniagaan secara mendalam.
- Rangsangan Faktor Pemulihan: Mengenal pasti punca penyakit/masalah dan mengaktifkan rawatan yang serasi.
- Penyediaan RPP: Rancangan Pemulihan Perniagaan & Kesihatan.
Pelaksanaan Langkah Pemulihan: Aplikasi tindakan holistik di bumi dan di langit.
APA YANG PENTING DALAM PROGRAM KALI INI ADALAH PENERAPAN ILMU ESKATOLOGI ISLAM, KHUSUSNYA ILMU BERKAITAN SURVIVAL UMMAH DI AKHIR ZAMAN.
Berminat?
Buat permohonan di bawah untuk saringan seterusnya.












Copyright © 2024 Pertubuhan Hijrah Insan Malaysia
Alamat: 23A, Taman Wangsa Behrang, 35950 Behrang, Perak
60 11-7074 3005